Tuesday, 27 March 2012

Tempahan Rida'

Assalamualaikum
Sape2 yang berminat untuk beli rida boleh hubungi hamba
di talian 014-5006552

rida yaman

rida yaman kelabu

rida yaman biru gelap

ada lagi satu jenis rida yang x dapat nk masukkan gmbarnya di sini
INSYAALLAH akan menyusul x lama lagi

Sunday, 1 January 2012

ridA'/sYaL SeLEnDAnG RaSUluLLah

Pakaian nabi terdiri dari syal (rida), kain sarung, jubah dan imamah (serban). Baginda memiliki selembar kain (sapu tangan) yang biasa di pergunakan untuk mengelap wajahnya setelah berwudhu. Baginda sering memakai kopiah di tengah serbannya yang memiliki ekor dan kadang juga tiada ekor. Rasulullah juga mempunyai kuba (jas/pakaian luar yang panjangnya antara antara lutut dan mata kaki). Syal Nabi Muhammad bergaris merah, nabi juga mempunyai syal berwarna hijau dan hitam yang terbuat kain kapas.


Petikan Hadis Tentang Bukti Rasulullah Mempunyai Syal (Rida' -  
رِدَاءٌ)

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الْحَاشِيَةِ فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيٌّ فَجَبَذَهُ بِرِدَائِهِ جَبْذَةً شَدِيدَةً نَظَرْتُ إِلَى صَفْحَةِ عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَثَّرَتْ بِهَا حَاشِيَةُ الرِّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَبْذَتِهِ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ مُرْ لِي مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي عِنْدَكَ فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ . بِهَذَا الْحَدِيثِ وَفِي حَدِيثِ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ مِنْ الزِّيَادَةِ قَالَ ثُمَّ جَبَذَهُ إِلَيْهِ جَبْذَةً رَجَعَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَحْرِ الْأَعْرَابِيِّ وَفِي حَدِيثِ هَمَّامٍ فَجَاذَبَهُ حَتَّى انْشَقَّ الْبُرْدُ وَحَتَّى بَقِيَتْ حَاشِيَتُهُ فِي عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ; Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.
Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; "Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertarik ke arahnya." Dan dalam hadits Hammam; "Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."

2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya).” (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang (rida) di badan.

وَعَنْ اَنَس اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اِذَا قَامَ اَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلاَ يَبْزُقَنَّ قِبَلَ قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ اَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ ثُمَّ اَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيْهِ وَرَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ اَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا
3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu baginda bersabda: “Atau dia berbuat begini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)

ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ يَدْعُوْ حَتَّى رُئِيَ بَيَاضُ اِبْطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ اِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَّبَ رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ
4. “Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya ….” (Hadis Riwayat Abu Daud)

ثُمَّ تَحَوَّلَ اِلَى الْقِبْلَةِ وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ فَقَلَّبَهُ ظَهْرَا لِبَطْنٍ وَتَحَوَّلَ النَّاسُ مَعَهُ
5. Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)

اَنَّ النَّبِيَّ ص اِسْتَسْقَى وَعَلَيْهِ خَمِيْصَةٌ لَهُ سَوْدَاءٌ فَاَرَادَ اَنْ يَأْخُذَ اَسْفَلَهَا فَيَجْعَلُهُ اَعْلاَهَا فَثَقُلَتْ عَلَيْهِ فَقَلَّبَهَا الأَيْمَنِ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرِ عَلَى الأَيْمَنِ
6. “Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Jenis Syal (rida') di pasaran Malaysia.


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Kandarah


Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri Al-Mansur


Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri Tristar


Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri Exclusive


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri SKV


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Almas


Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Almas (Kain Tebal)


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Yaman (Rida' Yamani)


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Solo yang biasa di pakai di Pasentren Indonesia



2 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Alas Roban


Syal/Rida di atas adalah jenis Atlas


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Mesir cap unta, harimau dan biri-biri


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Wadimor


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Polos


Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Kashmiri Abu Taher


Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Kashmiri Rajeh


*Berminat dengan Rida', Sila hubungi hamba di talian 014-5006552 begin_of_the_skype_highlighting            014-5006552      end_of_the_skype_highlighting...
Harga boleh runding yang terbaeeekk...

MakSiaT di FacEboOk



Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU.

Ya Allah. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar.
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal.

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
Aku dulu selalu melihat wajah cantik wanita bukan muhrim! Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah cantik teman chatting, 
teman facebook, dan semua kawan perempuanku.

Malunya aku, Rabb
Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang wanita yang haram bagiku! 
Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. 
Dia memanggil aku ‘sayang, aku pun sama

Rabb Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang wanita, 
yang sampai sekarang belum pernah aku temui...
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

wanita itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, 
laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan..

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. 
Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami..
Sayang, aku mencintaimu..

 Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail...

Rabbi Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang masalahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan

Dia memanggilku ‘sayang dan akupun demikian..

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang wanita yang belum pernah aku temui.

Allah Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya..

Ku mohon, sedarkan kawan-kawanku Ya Allah.

Jangan biarkan kawanku mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan kawanku ya Rabb..
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. 
Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi



*luahan ini bukan dari tuan punya blog ni.tapi itu tak penting yang penting luahan ini ditujukan khas kepada semua hamba Allah Taala yang sokmo sangat melakukan maksiat melalui internet dan bukan untuk kenakan sesiapa..ampun maaf andai ada yang terasa. Sebab itulah Maulana Syeikh Nazim menyuruh umat hari ini membaca ta'awuz apabila menggunakan teknologi hari ini kerana setiap alat teknologi ada syaitannya tersendiri...Semoga Allah pilih kita untuk menjadi hamba yang taat perintah dan larangannya sekaligus menjauhkan kita daripada bermaksiat kepadanya..amin..

Friday, 30 December 2011

WaHai kArKun



Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Minima 2½ jam setiap hari
3 hari setiap bulan
Setiap tahun empat puluh hari
Tanpa jemu

Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni jannah InsyaAllah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah ia
Kaudaki ia
Kauredah ia
Kautakik ia
Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan.

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersolat
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?

HAmba tak ingat dah copy dari mana tapi yang penting bukan direka sendiri.Moga orang yang berhempas pulas berfikir untuk mencipta seloka ini mendapat ganjaran yang sepatutnya..Aminn

Saturday, 24 December 2011

Allah sElaMatkAn AnDa

Assalamualaikum semua..
Salam 1 kalimah, umat didahulukan hidayat diutamakan..

Rasanya tidak terlalu lambat untuk poskan berkenaan dengan sambutan hari lahir Ustaz Abdullah Hassan yang kami adakan secara mengejut baru-baru ini.. 16.12.2011 bersamaan hari Jumaat yang mulia, hamba bersama sahabat se'tasmi' telah membuat satu kejutan untuk Ustaz Abdullah yang merupakan guru tasmi' kelas ibnu nafi..

ustaz pon x sangka nk sambut birtday dia..


Tapi kenangan paling best hari tu, kami sama2 mengalunkan qasidah tanda cinta kami kepada baginda Rasulullah S.A.W dan mengambil keberkatan hari jumaat yang mulia...Walaupun qasidah tak berapa nk sedap tapi semuanya berpuas hati dapat memuji Baginda Rasulullah...

Tolama Asyku Gharami


Tola'al Badru 'Alaina

Kepada sahabat2 sekalian, marilah kita menanam rasa cinta kepada Rasulullah dengan sentiasa memuji baginda walau apa cara sekali pun..begitu cintanya Baginda kepada kita hinggakan sebelum wafatnya Baginda masih menyebut tentang umatnya tapi kita x de langsung rasa cinta kepada Rasulullah walaupun secebis.

belakang: kama, amir, us abdullah, anas
depan: aminur, asyraf, hazmi, haqqat, nasir


Hanya hamba dan hazmi je sem 4 dalam kelas ni dan bermakna hanya kami berdua je la yang masih jauh lagi nk khatam macam sem 6 tu..diorang sumer dah dipilih Allah untuk menghafaz 30 juzu kitab yang yang  mulia iaitu al-quran. Semoga Allah pilih hamba dan sahabat2 semua untuk menghafaz 30 juz al-quran..Aminn..

Saturday, 10 December 2011

PuLanGMu beRtEMu YanG SATU


Firman Allah Ta’ala:


Firman Allah SWT yang bermaksud: “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).

Mereka yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur hingga hari Kiamat. Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud: Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.

Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.



INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI RAJI’UN  
Hanya itu kata-kata  yang mampu diucapkan kepada guru yang mulia cikgu nawawi bin sulaiman..Beliau telah kembali bertemu kekasih yang Agung lebih kurang pukul 11.30 malam hari jumaat 09.12.2012..

Arwah lebih dikenali sebagai AWIE EX-KILLER oleh sahabat-sahabatnya kerana rejaman maut beliau dalam permainan takraw. Sesungguhnya beliau adalah seorang guru yang sempoi dan tak lekang dengan senyumannya. Terkenang kembali saat arwah melatih kami bermain takraw. Kegembiraan jelas terpancar di wajahnya yang mulia diatas kejayaan kami meraih  pingat perak dalam sukan tersebut setelah bertahun-tahun tidak meraih sebarang pingat dalam takraw. Hanya itu saja jasa yang dapat kami balas atas penat lelah beliau melatih kamiselama ini.Terima kasih cikgu.jazakumullah hoiron kasira wa barakallahu ..

Pemergian beliau sangat terasa dalam kalangan pelajar  dan guru-guru SMKA TAHAP..SEmoga roh beliau dicucuri rahmat dan dijauhkan dari murka Allah..

SEbagai anak murid marilah kita berdoa pada Allah Taala supaya roh beliau aman di alam sana..
Salam takziah diucapkan kepada ahli keluarga cikgu nawawi..