Friday 30 December 2011

WaHai kArKun



Aku dengar kau karkun sekarang, kawan
Minima 2½ jam setiap hari
3 hari setiap bulan
Setiap tahun empat puluh hari
Tanpa jemu

Datang kau sekarang dengan jubah, putih
Senyum kau sekarang dengan siwak, bersih
Dagumu berjanggut
Beratmu yang susut
Apa khabar saudaraku, sekian lama tidak ketemu

Bukankah kau anak kampung yang aku kenal dahulu
Yang datang si dara, kau bersiul berlagu
Yang datang si janda, kau malu tersipu
Di tepi parit, di tembok jambatan
Kau, aku dan gitar-gitar
Di waktu maghrib, dihalau azan
Kau, aku terketar-ketar

Bukankah kau pemuda yang selalu berkata dahulu
Hidup ini tanpa lagu rock
Seperti ayam tidak berkokok
Bak kenyang yang tidak cocok
Kalau tidak menghisap rokok
Falsafah kita bersama:
Kau, aku dan kerjaya
Biarlah tidak kaya-raya
Asalkan kita boleh bergaya

Sekarang lihatlah
Betapa cerah
Sinaran wajah
Penghuni jannah InsyaAllah

Aku dengar kau giat tabligh sekarang, kawan
Dari surau ke surau
Dari kampung ke kampung
Dari pulau ke pulau
Dari tanjung ke tanjung
Kaujelajah ia
Kaudaki ia
Kauredah ia
Kautakik ia
Satu persatu cabaran, dengan tabah kau tawan.

Aku dengar kau alim sekarang, kawan
Bahasamu berlapik, tuturmu halus belaka
Tidak lagi memekik, macam orang Melaka
Jelinganmu rendah, matamu sejuk bak salji
Isterimu berpurdah, anakmu khusyuk mengaji
Seleramu buta, tidak akan memilih
Asalkan ada, tidak akan merintih

Kau yang aku lihat
Dan
Kau yang aku ingat:
Bak siput dan kilat

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau bertamu di teratak murahku?
Yang aku menangi mudah
Dari loteri tajaan syarikat jamu?
Yang aku hiasi meriah
Dengan potret gadis idaman kalbu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau menjamah masakan hidanganku?
Seorang yang tidak bersolat
Yang berdoa bila perlu?
Seorang yang sujud untuk menayang
Yang dia alim
Muslim bermutu?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah
Kau datang menziarahiku?
Sedang kau menasihat dan bermesyuarat
Biarlah aku hidang teh dan air jus
Sedang kau bersyarah dan bertazkirah
Biarlah aku tenung anak matamu
Dan aku khayal mengelamun
Dan aku berangan sampai ke Jepun
Kata-katamu
Tidak meninggalkan kesan
Ia berlalu
Dari telinga kiri ke kanan

Oh
Kawan lamaku, si karkun
Usaha murnimu yang tekun
Adakah
Kau menghargai sama
Pengalaman lama?
Mahukah
Kau menilai semula
Persahabatan kita?

Mahukah kiranya kini, sesudah kau berubah?

HAmba tak ingat dah copy dari mana tapi yang penting bukan direka sendiri.Moga orang yang berhempas pulas berfikir untuk mencipta seloka ini mendapat ganjaran yang sepatutnya..Aminn

Monday 7 November 2011

Mutiara Habib Umar Hafidz






~Penuhilah hatimu dengan kecintaan terhadap saudaramu nescaya akan menyempurnakan kekuranganmu dan mengangkat darjatmu di sisi Allah.


~Barangsiapa semakin mengenal kepada Allah nescaya akan semakin takut.

~Barangsiapa yang tidak mahu duduk dengan orang beruntung, bagaimana mungkin ia akan beruntung dan barangsiapa yang duduk dengan orang beruntung bagaimana mungkin ia tidak akan beruntung.

~Barangsiapa menjadikan kematiaannya sebagai pertemuan dengan sang kekasih (Allah), maka kematian adalah hari raya baginya.

~Barangsiapa percaya pada Risalah (terutusnya Rasulullah), maka ia akan mengabdi padanya. Dan barangsiapa percaya pada risalah, maka ia akan menanggung (sabar) karenanya. Dan barang siapa yang membenarkan risalah, maka ia akan mengorbankan jiwa dan hartanya untuknya.

~Kedekatan seseorang dengan para Nabi di hari kiamat menurut kadar perhatiannya terhadap dakwah ini.

~Betapa anehnya bumi, semuanya adalah pelajaran. Kukira tidak ada sejengkal tanah di muka bumi kecuali di situ ada 'ibrah (pelajaran) bagi orang yang berakal apabila mau mempelajarinya.

~Sebaik-baik nafsu adalah yang dilawan dan seburuk-buruk nafsu adalah yang diikuti.

~Tanpa menahan hawa nafsu maka manusia tidak akan sampai pada Tuhannya sama sekali dan kedekatan manusia terhadap Allah menurut kadar pembersihan jiwanya.

~Jikalau sebuah hati telah terbuka, maka akan mendapatkan apa yang diinginkan.


~Barangsiapa yang mempunyai samudra ilmu kemudian kejatuhan setetes hawa nafsu, maka hawa nafsu itu akan merusak samudra tersebut.

~Sesaat dari saat-saat khidmat (pengabdian), lebih baik daripada melihat arsy dan seisinya seribu kali.

~Penyatuan seorang murid dengan gurunya merupakan permulaan di dalam menyatunya dengan Rasulullah SAW. Sedangkan menyatunya dengan Rasulullah SAW merupakan permulaan untuk fana pada Allah (lupa selain Allah)

~Manusia di setiap waktu senantiasa terdiri dari dua golongan, golongan yang diwajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas sujud dan golongan yang di wajahnya terdapat tanda-tanda dari bekas keingkaran.

~Barangsiapa yang menuntut keluhuran, maka tidak akan peduli terhadap pengorbanan.

~Sesungguhnya di dalam sujud terdapat hakikat yang apabila cahanya turun pada hati seorang hamba, maka hati tersebut akan sujud selama-lamanya dan tidak akan mengangkat dari sujudnya.

~Beliau r.a. berkata tentang dakwah, Yang wajib bagi kita yaitu harus menjadi da'ei dan tidak harus menjadi qadhi atau mufti (katakanlah wahai Muhammad SAW inilah jalanku, aku mengajak kepada Allah dengan hujjah yang jelas aku dan pengikutku) apakah kita ikut padanya (Rasulullah) atau tidak ikut padanya? Arti dakwah adalah memindahkan manusia dari kejelekan menuju kebaikan, dari kelalaian menuju ingat kepada Allah, dan dari keberpalingan kembali menuju kepada Allah, dan dari sifat yang buruk menuju sifat yang baik.

~Syaitan itu mencari sahabat-sahabatnya dan Allah menjaga kekasih-kekasihNya.

~Apabila ibadah agung bagi seseorang maka ringanlah adap (kebiasaan) baginya dan apabila semakin agung nilai ibadah dalam hati seseorang maka akan keluarlah keagungan adat darinya.

~Bila benar keluarnya seseorang (di dalam berdakwah), maka ia akan naik ke derajat yang tinggi.

~Keluarkanlah rasa takut pada makhluk dari hatimu maka engkau akan tenang dengan rasa takut pada kholiq (pencipta) dan keluarkanlah berharap pada makhluk dari hatimu maka engkau akan merasakan kenikmatan dengan berharap pada Sang Khaliq.

~Banyak bergurau dan bercanda merupakan pertanda sepinya hati dari mengagungkan Allah dan tanda dari lemahnya iman.

~Hakikat tauhid adalah membaca Al Qur’an dengan merenungi artinya dan bangun malam.

~Tidak akan naik pada darjat yang tinggi kecuali dengan himmah (cita-cita yang kuat).

~Barangsiapa memperhatikan waktu, maka ia akan selamat dari murka Allah.

~Salah satu dari penyebab turunnya bencana dan musibah adalah sedikitnya orang yang menangis di tengah malam.

~Orang yang selalu mempunyai hubungan dengan Allah, Allah akan memenuhi hatinya dengan rahmat di setiap waktu.

( Disusun oleh : Ust Ja’far Sodiq al-Munawwar )



Saturday 29 October 2011

Tawasul vs DAkwah


DARIPADA Abdullah Bin Umar r.a telah berkata, bahawa aku telah mendengar Rasullulah s.a.w telah bersabda: Dari kalangan umat sebelum kamu ada tiga orang yang telah keluar (bersafar) bersama-sama. (Mereka berjalan sehingga waktu malam) dan memasuki sebuah gua untuk bermalam di situ. Maka pada waktu itu satu batu besar telah jatuh dari bukit dan telah menutupi pintu gua itu. (Melihatnya mereka telah berkata:) Kita hanya akan terselamat keluar dari batu ini hanya dengan berdoa kepada Allah taala dengan perantaraan amal soleh masing-masing. (Maka mereka telah berdoa dengan perantaraan amalan soleh masing-masing).

Seorang telah berkata dalam doanya: Ya Allah Engkau sememangnya mengetahui bahawa kedua ibu bapaku telah terlalu tua. Aku tidak akan memberi susu kepada ahli keluarga dan hamba-hambaku sebelum mereka. Pada suatu hari aku telah keluar jauh untuk mencari sesuatu. Bila aku pulang maka ibu dan ayah telah tidur. (Pun begitu) aku telah susu mereka untuk petang itu. (Aku telah meletakkannya dalam mangkuk dan membawanya kepada mereka). Aku telah melihat mereka (pada waktu itu) masih lagi tidur. Aku tidak suka mengejutkan mereka dan aku juga tidak sanggup untuk memberi susu itu kepada ahli keluarga dan hambah-hamba ku untuk mereka minum. Lalu aku memegang mangkuk susu dan berdiri berhampiran kepala mereka dan menunggu mereka bangun sehingga lah pagi. Mereka pun bangun (lalu aku telah memberi susu itu). Pada waktu itu, baru lah mereka minum susu untuk malam itu. Ya Allah!, jika aku melakukan perkara ini, untuk keredhaanMu, maka selamatkan lah kami dari musibah kerana batu ini. Kerana doa ini, batu itu telah bergeser sedikit, akan tetapi masih tidak memadai untuk mereka keluar.

Rasulullah s.a.w bersabda lagi: Orang kedua telah berdoa; Aku mempunyai seorang saudara sepupu perempuan yang sangat aku sayangi. Aku (pada satu kali) telah ingin melepaskan syahwatku padanya. Akan tetapi dia tidak menyanggupinya, sehinggalah sampai satu masa musim kemarau yang telah mendesaknya datang (kepadaku). Aku telah memberinya 120 dinar dengan syarat dia datang kepadaku berseorangan diri. Dia setuju sehinggalah aku berkuasa penuh kepada dirinya (dan nyaris-nyaris sahaja aku melepaskan nafsu syahwatku) maka dia telah berkata aku rasa tidak halal bagi kamu untuk memecahkan mohor tanpa hak. (Mendengarnya,) aku telah berhenti dari niat jahat ku itu dan akau telah menjauhkan diriku darinya walaupun aku sanga-sangat kasihkannya. Aku juga telah membiarkan 120 dinar yang telahku beri kepadanya. Ya Allah jika aku mengerjakan ini untuk keredhaanMu maka selamatkan lah kami daripada musibah ini. Maka batu besar itu bergeser sedikit lagi, tetapi masih tidak memungkinkan lagi untuk keluar.

Orang ketiga telah berdoa: Ya Allah! aku telah mengupah beberapa orang pekerja. Semuanya telah ku berikan upahnya kecuali seorang yang telah pergi tanpa mengambil upahnya. Aku telah memperniagakan wang upahannya itu sehinggakan telah berlaku penambahan harta yang terlalu banyak. Selepas beberapa lama, pada suatu hari orang itu telah datang lalu berkata: Wahai hamba Allah! Berilah upah kepadaku. Aku telah berkata: Unta-unta, lembu-lembu, kambing-kambing dan hamba-hamba yang kami nampak ini semuannya adalah upah kamu. Yakni wang upahanmu itu aku telah niagakan dan inilah hasilnya. Orang itu berkata:, Wahai hamba Allah!, jangan lah bergurau. Aku berkata: “Aku tidak bergurau, (“aku sedang menceritakan perkara yang sebenar”). Maka (selepas penjelasanku ini) orang itu membawa semua harta itu, sedikitpun tidak ditinggalnya. Ya Allah! jika perkara ini aku lakukan semata-mata untuk redhaMu maka jauhkan lah kami daripada musibah yang menimpa kami ini. Maka, batu itu terus berganjak (dan pintu gua telah terbuka) dan semuanya telah keluar. (-Hadith riwayah Bukhari)



Oleh itu kita boleh bertawasul dengan amalan kita apabila ingin memohon sesuatu daripada Allah S.W.T…. Tapi kalau amalan kita lebih hebat daripada amalan orang biasa maka akan lebih mudah bagi Allah untuk memakbulkannya. Apa dia amalan yang lagi hebat daripada orang biasa??? Ada orang kata SOLAT, PUASA, ZAKAT, SEDEKAH, SENYUM, dan macam2 lagi lah. Semua tu amalan yang biasa orang islam buat dan non-muslim pun ada yang lakukan contohnya SENYUM. Ada 1 amalan yang mana orang lain tak ramai mengamalkannya dan tak berminat dengannya. Sedangkan amalan itu WAJIB ke atas semua . Dalilnya banyak terdapat dalam Quran dan Hadis.

Dalam ayat Quran disebutkan "Kalian adalah umat terbaik yang dilahirkan bagi umat manusia, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar dan beriman kepada Allah" (QS. Ali Imran: 110).

Dari Jarir bin Abdullah ra. Berkata, “saya mendengar rasulullah saw. Bersabda, “Tidaklah seseorang berada di suatu kaum, dan ia berbuat maksiat, tetapi mereka tidak mencegahnya padahal mereka mampu mencegahnya, melainkan allah akan menimpakan kepada mereka bencana sebelum mereka mati.” (Abu Dawud, Ibnu Majah, Ibnu hibban, Al-ashbahani –AtThargib)

Amalan ini juga dilakukan oleh orang-orang yang mulia. Amalan para Anbia, Sahabat, Salafus Soleh, Ulama dan orang yang dimuliakan Allah S.W.T. Amalan ini nak bawak manusia kembali kpd Allah Taala iaitu USAHA DAKWAH. Jadi orang yang lakukan kerja DAKWAH apabila berdoa dan bertawasul dengan amalan dakwahnya nescaya mudah bagi Allah untuk makbulkannya. Apabila kita bantu agama Allah, Allah Taala akan membantu kita walau apa kesulitan yang dihadapi.



InsyaAllah tuan-tuan kita jadikan kerja DAKWAH sebagai kerja utama kita. Kerja DUNIA kerja part time saja. Kerja DAKWAH kerja full time kita..Bagi azam untuk korban di jalan Allah.INSYAALLAH…3 hari,40 hari, 4 bulan, SEUMUR HIDUP…….AMin.

Thursday 27 October 2011

Kepentingan Sanad-Sayyidi asy-Syeikh as-Sayyid Yusuf Bakhour al-Hasani




Nasihat Sayyidi asy-Syeikh as-Sayyid Yusuf Bakhour al-Hasani dalam Majlis Pembacaan Hadits Shahih al-Bukhari oleh Syeikh Muhammad 'Iwadh حفظهما الله, di Madinah Nashr Hay 10 Bawabah 2 Kaherah, Mesir pada hari Khamis 20 April 2011. Diterjemah oleh Ustaz Muhammad Haris F.Lubis.


Majlis Hadits Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم adalah Nur (cahaya)

قد جاء كم من الله نور و كتاب مبين

"Sungguh telah datang kepadamu daripada Allah nur dan kitab yang terang." (al-Maidah: 15)

Sayyiduna Ibnu Abbas رضي الله عنهما berkata: "Kitab yang terang itu kita telah tahu bahwa ia adalah al-Qur’an, lalu apakah nur itu? Itulah dia Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم.

Al-waw (و) dalam bahasa ‘arab datang dengan maksud mughayarahdan bukan mujanasah. Oleh kerana itulah Sayyiduna Ibnu Abbasرضي الله عنهما menafsirkan dengan Sayyiduna Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dan bukan kitab al-Qur’an itu sendiri.


Maka jika kamu membaca hadits Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, hadirkanlah Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم sedang duduk berbicara bersama kamu, bukan secara syakliyah(bentuk) kerana hudhur yang sempurna itu bukan dengansyakliyyah, tetapi dengan qalbiyyah. Dari sinilah para ahlus sanad dan riwayat sangat 'tamak' untuk membaca Syama'il Muhammadiyah. Jadi saya anjurkan kepada Sidi Muhammad 'Iwadh untuk membacakan kepada kalian Syama'il dengan bacaan yang tauqifiyah, i'tibariyah dan ittishofiyah,maksud saya adalah kalian membacanya dengan menghadirkan Nabi صلى الله عليه وآله وسلم di depan mata kalianseolah-olah kalian lagi duduk bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلمhingga akhirnya kalian memiliki adab yang sempurna terhadap hadhrah nabawiyyah. Inilah nanti yang akan meyakinkan kalian bahwa kalian meriwayatkan hadits dengan sanad; bahwa kalian betul-betul meriwayatkan hadits dari periwayat dari periwayat dari periwayat dan begitu seterusnya hingga sampai kepada mulut Baginda Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم yang mulia.

Oleh kerana itulah membaca sirah dan Syamail Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم itu sangat penting bagi ahlu sanad dan riwayat, agar apa? Agar mereka tenggelam dalam hadhrah nabawiyah, suatu rasakehudhuran bersama Nabi صلى الله عليه وآله وسلم, bukan dalam ertikata kamu harus menyentuhnya secara syakliyyah, tetapi bersatunya dua sifat dalam satu akhlak, adab dan kesempurnaan صلى الله عليه وآله وسلم. Ya Salam…jamil jiddan..

Banyak orang bertanya kepada saya: "Ya Tuan, apa yang harus saya lakukan ketika saya melihat orang mengaku selalu bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم?" Saya jawab: mengapa mesti hairan? Sebagaimana kamu merasa dekat bersama Allah. Apakah Allah jauh, hingga kamu perlu memanggilnya dengan suara yang keras (nyaring)?! Allah Ta'ala berfirman:

و هو معكم أين ما كنتم

"Dan Allah (yakin ilmuNYA) bersama kamu dimanapun kamu berada" (al-Hadid: 4)

Maka begitupulalah kamu bersama Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Bukanlah maksudnya sebagaimana yang difahami oleh orang-orangsufaha' bahwa kebersamaan di sini adalah perkara hissiyah (dapat diraba), tetapi ini adalah perkara sulukiyah (ruhani).

Sekarang saya akan berbicara tentang sanad Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Ahlus sanad telah menjaga turots-turots daripada pemalsuan dan penipuan hingga sampai kepada kita dalam keadaan yang baik. Sanad inilah yang menjadi khushushiyyat (keistimewaan) Sayyiduna Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلمbahkan sanad ini belum dikenal dalam kitab-kitab samawiyah para nabi sebelum junjungan Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم, sementara Nabi Muhammad صلى الله عليه وآله وسلم dalam kitab al-Qur’annya terdapat sanad qira’at dan di dalam hadits-haditsnya terdapat sanad riwayat, maka khushushiyyat Nabi Muhammad ini juga menjadi khushushiyat bagi umatnya dimana umat-umat sebelumnya tidak pernah merasakan adanya sanad. Ini adalah pembuktian kebenaran firman Allah Ta'ala:

إن نحن نزلنا الذكر و إنا له لحافظون

"Sesungguhnya Kami yang menurunkan al-Qur’an dan Kamilah yang akan benar-benar menjaganya." (al-Hijr: 9)

Banyak orang menyangka bahwa ayat itu hanya untuk al-Qur'an sahaja …. tidak, ayat itu tidak hanya untuk al-Qur’an, tetapi juga untuk hadits-hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Jika Allah hendak menjaga al-Qur’an maka sudahlah pasti hadits-hadits Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم juga harus terjaga, kerana hadits adalah penjabaran terhadap makna-makna al-Qur’an.

Kemudian apakah keterjagaan (al-hifzh) ini hanya melalui hafazhan sahaja? Tentu tidak, tetapi juga melalui sanad. Maksud dari pengijazahan sanad itu adalah agar kamu menghafazhbukan sekadar untuk meriwayatkan tetapi juga untuk meneladani orang yang kamu mengambil sanad daripadanya, dan orang yang kamu ambil sanadnya itu juga meneladani orang yang di atas di mana dia mengambil sanad daripadanya dan begitulah seterusnya hingga berujung kepada kamu meneladani Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم. Dengan demikian, keterjagaan al-Qur’an itu benar-benar sempurna baik secara lafazh, makna dan pengamalan.

Wallahu a'lam



Thursday 20 October 2011

Salam Perkenalan

salam 1 kalimah,
 umat didahulukan, 
hidayat diutamakan, 
pengorbanan diteruskan,
 doa diperlukan, 
fikir risau dikekalkan, 
sunnah diamal dan diperjuangkan, 
iman dan amal ditingkatkan,
 mati dalam kalimah diharapkan, 
surga diharapkan, 
berjumpa Allah swt dinantikan

taat perintah Allah dan amal sunnah rasulullah saw 
disitu pasti kejayaan...
1 fikir
1 hati
1 usaha
1 umat!!!