Sunday 1 January 2012

ridA'/sYaL SeLEnDAnG RaSUluLLah

Pakaian nabi terdiri dari syal (rida), kain sarung, jubah dan imamah (serban). Baginda memiliki selembar kain (sapu tangan) yang biasa di pergunakan untuk mengelap wajahnya setelah berwudhu. Baginda sering memakai kopiah di tengah serbannya yang memiliki ekor dan kadang juga tiada ekor. Rasulullah juga mempunyai kuba (jas/pakaian luar yang panjangnya antara antara lutut dan mata kaki). Syal Nabi Muhammad bergaris merah, nabi juga mempunyai syal berwarna hijau dan hitam yang terbuat kain kapas.


Petikan Hadis Tentang Bukti Rasulullah Mempunyai Syal (Rida' -  
رِدَاءٌ)

 عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنْتُ أَمْشِي مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ رِدَاءٌ نَجْرَانِيٌّ غَلِيظُ الْحَاشِيَةِ فَأَدْرَكَهُ أَعْرَابِيٌّ فَجَبَذَهُ بِرِدَائِهِ جَبْذَةً شَدِيدَةً نَظَرْتُ إِلَى صَفْحَةِ عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَدْ أَثَّرَتْ بِهَا حَاشِيَةُ الرِّدَاءِ مِنْ شِدَّةِ جَبْذَتِهِ ثُمَّ قَالَ يَا مُحَمَّدُ مُرْ لِي مِنْ مَالِ اللَّهِ الَّذِي عِنْدَكَ فَالْتَفَتَ إِلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَضَحِكَ ثُمَّ أَمَرَ لَهُ بِعَطَاءٍ . بِهَذَا الْحَدِيثِ وَفِي حَدِيثِ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ مِنْ الزِّيَادَةِ قَالَ ثُمَّ جَبَذَهُ إِلَيْهِ جَبْذَةً رَجَعَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَحْرِ الْأَعْرَابِيِّ وَفِي حَدِيثِ هَمَّامٍ فَجَاذَبَهُ حَتَّى انْشَقَّ الْبُرْدُ وَحَتَّى بَقِيَتْ حَاشِيَتُهُ فِي عُنُقِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
1. Hadis Anas bin Malik r.a katanya, ; Pada suatu ketika aku berjalan bersama-sama Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Saat itu, beliau memakai selendang buatan Najran yang tebal pinggirnya. Tiba-tiba seorang Arab badui mendapatkan beliau, lalu ditariknya selendang Nabi tersebut sekuat-kuatnya, sehingga kulihat selendang tersebut membekas di leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam karena kuatnya tarikan. Kemudian orang tersebut berkata, "Wahai Muhammad, perintahkanlah kepada bendahara Tuan agar memberikan harta yang ada dalam pengawasan Tuan kepadaku." Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menoleh kepada orang itu sambil tertawa. Kemudian diperintahkanlah oleh beliau agar orang itu diberi sedekah.
Dalam hadits Ikrimah bin Ammar terdapat tambahan; "Kemudian laki-laki itu menarik dengan sekali tarikan hingga Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam tertarik ke arahnya." Dan dalam hadits Hammam; "Ia menarik selendang itu hingga sobek dan meninggalkan bekas pada leher Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam."

2. Diriwayatkan oleh Buraidah, ia mengatakan bahawa “Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam melarang seseorang solat dengan kain tanpa menyelepangkannya di atas bahu dan melarang solat dengan seluar tanpa mengenakan selendang (kain yang menutupi bahunya).” (Riwayat Muslim)
*maksud hadis ialah larangan solat tanpa berbaju. Jika tidak memakai baju, afdal kenakan selendang (rida) di badan.

وَعَنْ اَنَس اَنَّ النَّبِيّ صلى الله عليه وسلم قَالَ: اِذَا قَامَ اَحَدُكُمْ فِى صَلاَتِهِ فَلاَ يَبْزُقَنَّ قِبَلَ قِبْلَتِهِ وَلَكِنْ عَنْ يَسَارِهِ اَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ ثُمَّ اَخَذَ طَرَفَ رِدَائِهِ فَبَصَقَ فِيْهِ وَرَدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ فَقَالَ اَوْ يَفْعَلُ هَكَذَا
3. Daripada Anas bahawa Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu berdiri dalam solatnya maka jangan sekali-kali ia meludah ke depannya tetapi hendaklah ke kirinya atau ke bawah telapak kakinya” lalu ia (Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam) mengambil hujung selendangnya dan meludah di situ dan melipat sebahagian (hujung selendang) itu atas sebahagian lalu baginda bersabda: “Atau dia berbuat begini”. (Hadis Riwayat Ahmad dan Bukhari)

ثُمَّ رَفَعَ يَدَيْهِ فَلَمْ يَزَلْ يَدْعُوْ حَتَّى رُئِيَ بَيَاضُ اِبْطَيْهِ ثُمَّ حَوَّلَ اِلَى النَّاسِ ظَهْرَهُ وَقَلَّبَ رِدَاءَهُ وَهُوَ رَافِعٌ يَدَيْهِ
4. “Kemudian baginda mengangkat kedua dua belah tangannya berdoa dan berdoa sehingga ternampak putih ketiaknya Kemudian baginda memalingkan belakangnya kepada manusia serta memalingkan selendangnya di kala beliau mengangkat kedua dua tangannya ….” (Hadis Riwayat Abu Daud)

ثُمَّ تَحَوَّلَ اِلَى الْقِبْلَةِ وَحَوَّلَ رِدَاءَهُ فَقَلَّبَهُ ظَهْرَا لِبَطْنٍ وَتَحَوَّلَ النَّاسُ مَعَهُ
5. Kemudian baginda shallallahu 'alaihi wasallam berpaling ke arah kiblat dan beliau memalingkan selendangnya yang luar ke dalam dan orang ramai pun memalingkan selendang mereka bersama Rasulullah (Hadis Riwayat Ahmad)

اَنَّ النَّبِيَّ ص اِسْتَسْقَى وَعَلَيْهِ خَمِيْصَةٌ لَهُ سَوْدَاءٌ فَاَرَادَ اَنْ يَأْخُذَ اَسْفَلَهَا فَيَجْعَلُهُ اَعْلاَهَا فَثَقُلَتْ عَلَيْهِ فَقَلَّبَهَا الأَيْمَنِ عَلَى الأَيْسَرِ وَالأَيْسَرِ عَلَى الأَيْمَنِ
6. “Bahawasanya Nabi shallallahu 'alaihi wasallam meminta hujan. Baginda memakai kain hitam empat persegi (kain selendang) lalu beliau hendak mengambil bahagian sebelah bawah, hendak dijadikan bahagian atasnya tetapi beliau merasa berat lalu beliau membalikkan yang sebelah kanan ke atas sebelah kiri dan yang sebelah kiri ke atas sebelah kanan.” (Hadis Riwayat Ahmad dan Abu Daud)

Jenis Syal (rida') di pasaran Malaysia.


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Kandarah


Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri Al-Mansur


Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri Tristar


Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri Exclusive


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Kashmiri SKV


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Almas


Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Almas (Kain Tebal)


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Yaman (Rida' Yamani)


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Solo yang biasa di pakai di Pasentren Indonesia



2 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Alas Roban


Syal/Rida di atas adalah jenis Atlas


3 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Mesir cap unta, harimau dan biri-biri


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Wadimor


2 Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Polos


Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Kashmiri Abu Taher


Syal/Rida di atas adalah jenis Syal Kashmiri Rajeh


*Berminat dengan Rida', Sila hubungi hamba di talian 014-5006552 begin_of_the_skype_highlighting            014-5006552      end_of_the_skype_highlighting...
Harga boleh runding yang terbaeeekk...

MakSiaT di FacEboOk



Ya Rabb, Inilah pengakuanku.
Aku berzina, terang-terangan dalam penglihatanMU.

Ya Allah. Dadaku berdetak.
Tangan dan tubuhku menggeletar.
Menantikan pengadilan di hadapanMU.

Akhirnya malaikat itu datang.
Membawa catatan amalanku di dunia.

Dibukanya layar.
Ditampilkan seluruh aktiviti duniaku.
Apa yang dilihat, sangat membuatkanku menyesal.

Ya Rabb, kenapa mulutku tidak dapat berbicara?
Aku dulu selalu melihat wajah cantik wanita bukan muhrim! Ku dengar mata berbicara lantang.

Lalu terlihat di layar, aku sedang menatap wajah-wajah cantik teman chatting, 
teman facebook, dan semua kawan perempuanku.

Malunya aku, Rabb
Aku dulu selalu mendengar kalimat mesra dari seorang wanita yang haram bagiku! 
Kali ini telingaku bicara.
Ya, semasa di dunia aku hanya sibuk bergayut dengan kekasihku. 
Dia memanggil aku ‘sayang, aku pun sama

Rabb Kenapa semua aktiviti aku penuh maksiat?
Kenapa kegiatanku hanya berkapel?
Kenapa hari-hariku hanya disibukkan dengan nafsu syahwat semata?

Layar itu masih memancarkan kegiatan harianku.
Yang paling sering muncul adalah wajah seorang wanita, 
yang sampai sekarang belum pernah aku temui...
Walaupun sehingga ajalku menjemput,
Aku sedang bergayut telefon dengan dia dan bersayang-sayangan dengannya.

wanita itu..
wajahnya sungguh menarik hatiku.
Dialah salah satu teman facebook, 
laman itu yang paling terkenal dan rancak digunakan..

Komunikasi di facebook, berlanjutan ke sms, lalu telefon.
Sekadar mengingatkan untuk sarapan dan makan. 
Setelah itu, semakin intim hubungan kami.
Tengah malam selalu menjadi waktu paling menyenangkan bagi kami..
Sayang, aku mencintaimu..

 Ya Tuhan.. Sia-siakah hariku?

Tiap detik aku menghabiskan waktuku hanya untuk menghubungi dia.
Tiap minit aku hanya memikirkannya.
Bahkan pada waktu menghadapMU aku tak mengalunkan ayat-ayatMU, apalah lagi qiamullail...

Rabbi Malam itu dia menghubungiku. Malam kematianku.
Seperti biasa, dia menanyakan khabarku, bertanya tentang masalahku, bertanya tentang keluargaku.
Dan hal yang selalu kami lakukan

Dia memanggilku ‘sayang dan akupun demikian..

Aku sungguh menaruh hati padanya. Aku pun mencintai dia, seorang wanita yang belum pernah aku temui.

Allah Aku mengaku salah.
Aku berkapel dengannya, walaupun kami tak pernah bertemu.
Aku berzina! Lidahku berzina mengucap sayang padanya tanpa didasari ikatan pernikahan.
Telingaku berzina mendengarkan pujian sayang dan kalimat mesranya padaku. Mataku berzina melihat foto-fotonya. Hatiku berzina kerana selalu merindukannya..

Ku mohon, sedarkan kawan-kawanku Ya Allah.

Jangan biarkan kawanku mati dalam keadaan seperti itu. Sedarkan kawanku ya Rabb..
Facebook, semuanya bermula. Allah, aku berzina. 
Seberapapun kecil pun, aku sudah berzina.

Mataku, telingaku, lidahku, hatiku..
Menitis air mata ini. Andai aku dapat kembali ke dunia lagi



*luahan ini bukan dari tuan punya blog ni.tapi itu tak penting yang penting luahan ini ditujukan khas kepada semua hamba Allah Taala yang sokmo sangat melakukan maksiat melalui internet dan bukan untuk kenakan sesiapa..ampun maaf andai ada yang terasa. Sebab itulah Maulana Syeikh Nazim menyuruh umat hari ini membaca ta'awuz apabila menggunakan teknologi hari ini kerana setiap alat teknologi ada syaitannya tersendiri...Semoga Allah pilih kita untuk menjadi hamba yang taat perintah dan larangannya sekaligus menjauhkan kita daripada bermaksiat kepadanya..amin..